Latarbelakang


SEJARAH PUSAT SUMBER  SK TAMAN MELATI

Pusat Sumber Sekolah telah ditubuhkan pada 5 Januari 2004. Pada permulaan sesi persekolahan, sekolah ini hanya mempunyai murid seramai 280 orang dan 25 orang tenaga pengajar. Sejak dari tarikh ini, PSS sekolah ini telah mula menampakkan perkembangan yang positif mengikut kemampuan dan tenaga kerjanya.


PENGENALAN

Pusat Sumber Sekolah ini terletak di aras empat Blok Zamrud. Pusat Sumber  ini sepanjang 5 bay yang dibahagikan kepada:
a)    Bilik  Audio Visual
b)    Bilik Dokumentasi
c)    Bilik BBM/ PAK / SAL
d)  Bilik Perpustakaan


A.  BILIK  Audio Visual

1.    Bilik ini beroperasi sebagai bilik tayangan.
- televisyen
- projektor
2.    Terdapat kerusi bermeja disediakan untuk murid menjalani aktiviti bertulis.
3.    Papan putih disediakan untuk aktiviti PdP.
4.    Bahan PdP berbentuk CD turut terdapat di sini.


B.  Bilik PAK / SAL

1.    Bilik ini beroperasi sebagai tempat pembelajaran kendiri.
2.    Kerusi dan meja di sediakan untuk murid menjalani aktiviti bertulis.
3.    Bahan-bahan lain yang terdapat  turut terdapat di sini adalah :
- permainan dalaman
- kad imbasan
- risalah
- buku kerja dll


C.  Bilik BBM

l.   Bilik ini beroperasi sebagai  tempat menyimpan bahan pengajaran dan pembelajaran.
2.  Memberikan perkhidmatan sumber bahan bantu mengajar kepadaguru-guru (tenaga 
      pengajar).
3.  Bahan dan alatan yang disimpan dibilik ini terdiri dari:
  • Carta- Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Sains dan Kajian Tempatan, Pendidikan Moral, dan sebagainya.
  • Kit - Kit Permainan Dalam (Indoor Games)
  • Kad Bacaan - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam.
  • Bahan 3 Dimensi
  • Bahan Pengajaran Matematik  (cth: cop duit)

 D) Bilik Perpustakaan

1.    Terdapat  14681 buku  dan bahan –bahan rujukan untuk warga SK Taman Melati.
2.    Bilik ini merupakan tempat para pelanggan duduk untuk membaca dan mendapatkan sumber maklumat daripada pelbagai sumber  media .
3.    Turut menyediakan kaunter pinjaman dan pemulangan buku.
4.    Terdapat sudut pameran bertema dan ruang pameran buku baharu.
5.    Sudut info berkaitan pengurusan PSS turut disediakan.

No comments:

Post a Comment